Wednesday 29 January 2014

DR AZIZAN OSMAN PUNCA UTAMA SAYA BERHENTI KERJA

Assalamualaikum
Selamat pagi dan salam sejahtera….
Tajuk cite hari ni SEBENARNYA MAK BAPAK SAYA PENIAGA TEGAR ~~tapi aku suka tajuk diatas hehe HOOK LINE tu penting kiki
Tapi bapak saya pernah la makan gaji mula2 dulu..
Dia jadi Pembantu Makmal Makanan…dekat Universiti dekat serdang…UPM ..tapi sekejap je..
Bapak graduate bidang Sains Tulen (kos pe tak tahu haha) dari Universiti Malaya….
Mak pulak belajar tak habis…biasa la org dulu2…
Dulu lain kan…=D

Nak jadi cite kami dik beradik 11org dibesarkan oleh Mak Ayah yg keje sendiri
Dulu kami ada kedai runcit…jual semua keperluan harian..
Beli bijik koko…jual minyak tanah…jual minyak motor…kedai  makan pun ada…opah berniaga roti canai tak silap…
Jual tong gas utk memasak tu…kedai tu besar….4 buah shop lot…..
Masa kecik bila buah koko tu membukit..aku selalu baring atas bijik koko tu…tanam diri dalam himpunan buah koko
Lambung2 sepah2 mcm tebar duitt hahaha..gurau je…
Yg taiko ni Atuk saya org pedagang India mari…namanya Maidin bin Mohamad
Tu pasal kami muka mcm mamak..hehe
Dan nak jadi cite..mmg sepatutnya generasi kami lahir dari yg bekerja sendiri..bisness..
Cuma anak2 semua makan gaji…Alhamdullilah wpun makan gaji semua jadi org..
Kita kena bersyukur....rezeki tu kan datang dalam pelbagai cara…
Barang siapa yg bersyukur dgn sesuatu yg sedikit..Allah akan tambah lagi nikmat ..kan?


Awal tahun lepas aku banyak kali bgtau nak berhenti keje nak bisness…
Mak asyik risau…aku rasa dia tahu perit jerih nyer nak bkerja sendiri..
Dia risau aku tak mampu….tapi lepas balik Dr.Azizan…aku belajar..mencari keredhaan Ibu utk memudahkan jalan..
Balik terus tepon mak matlamat…cakap kat mak…senangkan hati mak..hilangkan semua kerisauan…yakinkan dia aku boleh..
Tujuan aku satu…nak dia lapang dada redha…dan mesti jalan aku mudah lepas tu kan…
Hari2 aku call suh dia doakan …sampai mak marah…ni pun salah Dr. gak bagi idea kat student dia..haha
‘Tahu lah mak nak doakan anak2 mak..selama hari ni mak tak doakan korang ke…’
Kiki…mendesak betul anaknyer…mak cakap kalau ko doa sendiri kan lagi bagus..
Betul mak tapi doa seorang IBU mustajab mak…mak ada kuasa vito..mak pakai lah…rugi kalo tak suh mak doakan..
Mak iyekan…gerammm ngn makk…!! Sayang sgt kat mak..~~


Nak jadi cite..hari ni adalah last day aku bekerja makan gaji…Tgkap gambar kenang kenangan pagi2 panaskan kete....nak tekan minyak pergi office...kwang2x...perlu ke?? kisah...aku rasa perlu haha
Dan akan jadi salah seorang yg mengikuti jejak langkah…
Mak dengan bapak…..
Kadang aku terpikir adakah darah berniaga ni terlalu pekat dalam diri  ni..
Antara 11org ni….sepatutnya aku kena yakin..yakin tahap tggi…
Tapi aku nak selit lagi…bapak mertua aku pun…org bisness…sampai sekarang berniaga..
Ok campur2kan lagi kuat lah darah berbisness tu kan..

Jadi hari ni kan last day keje….
Dan bukan sebenarnya aku akan rilek..lega…
Dan aku kena faham sebenarnya cabaran hidup aku baru  nak bermula….
Dan aku kena kerja keras lebih dari pe yg aku biasa buat..dari yg aku tak biasa buat….kata nak berjaya luar biasa…kan..
Tu jeee…..nak sedap cite..aku imbas balik ..kalau mak ngn bapak boleh…aku mesti boleh..!!
Dan aku tak sabar nak muntahkan semua ilmu DAO ….nak applykan.
Aku tak sabar nak rasa perit jerih seorang peniaga…
Aku tak sabar nak hadap smua dugaan yg bakal terhempuk kat kepala aku..dan aku kena selesaikan
Aku tak sabar nak jumpa customer aku ..
Aku tak sabar nak turun naik jumpa org mcmne nak setup franchais makanan aku..
Aku tak sabar nak pening2..
Aku tak sabar nak nagis2 sbb penat…aku tak sabar nak mintakkk kat Allah mcm2 kalau aku penat
Sbb jgn lupe masa kite berada di satu tahap puncak kite penat berusaha kita berdoa..doa kite mustajab~~
Aku tahu bila aku stress dan aku melalui satu2 tahap liku hidup baru aku tahu..
Betapa pentingnya Allah disisi Aku…
Bagi aku berniaga bukan sahaja mengajar aku utk menambah pendapatan..
Berniaga jugak mengajar aku…menjaga hubungan dgn Allah..
Berniaga jugak mengajar aku bertawakal dgn betul…
Berniaga jugak mengajar aku bersillaturrahim..dan segalanya…
Sapa aku melambangkan betapa jauhnya perniagaan aku mampu bergerak….ke hadapan..
Menitik2 peluh taip dalam air cond ni….ok lah dah biss…..

JANTUNG AKU DUP DAP NI….!! DR AZIZAN TGGU AKU DTG KELAS MU AKAN DATANG…SBBKAN DIKAU LAH AKU BERTINDAK LUAR BIASA..
KUMPUL DUIT DULU NI…=P BYE2







No comments:

Post a Comment